Monday, September 20, 2010

~cantek~

Kenalan-kenalan saya ramai yg b'tnya ttg bagaimana utk jd cantik?, jwpn sy mudah, jd dri anda sndri dan positif kan fikiran anda. Mengapa berfikiran positif itu peting. Dgn positiflah, anda akan menonjol dan tampak anggun serta berseri-seri. Kesimpulannya, positif.

p/s: nantikan artikel penuhnya..

Friday, September 17, 2010

~erti sosial~

Sosial atau so'''sial. Mana satu yg menjadi sebutan anda. Bila difikirkan, saya rasa ramai yg menyalahgunakan maksud sosial. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, sosial bermaksud pergaulan dalam masyarakat. Percampuran dalam masyarakat. Oleh sebab, moyang kita bersosial lah lahir kita yg pelbagai rupa dan perangai. Betol tidak?. Melaka yang menjadi pelabuhan interport, berlakulah akulturasi adiwarna. Yg menghairankan sy adlh seorang rakan sy menyatakan enggan menghadiri mkn mlm raya krn dy bkn seorang yg sosial. Sudah? apa kes member aku ni?. Mana punya ideologi lah dy guna. Ada k mkm mlm raya itu sosial yg melampau. Para pembaca sekalian, anda perlu bersosial, anda perlu bergaul dgn masyarakat, kerana sekiranya terjadi apa-apa, mereka inilah yg akn membantu anda. Dalam mjls mkn mlm, mengajar kita adab mkn yg tertib, adab berbicara dgn org atasan, dan bagaimana utk tampil anggun. Anda juga boleh mencari jodoh di mjls mkn mlm. Klu sosial melampau, mereka ke kelab malam. Inilah yg saya katakan bagaimana utk mengubah mentaliti ank Melayu. Sedarkah mereka, kita ketinggalan jauh dalam ekonomi. Kita perlu bersaing dgn bangsa lain merebut tender dan sbgnya. Kita sng dan terus beranggapan segalanya diberi utk kita. Minda subsidi. Sosial penting utk anda meningkatkan keyakinan diri, membetulkan kekurangan anda. Jika sy diundang ke majlis mkn mlm, jarang sekali sy menolak. Di majlis tersebut, sy akn berjumpa dgn rakan-rakan yg suka berbincang ttg perkembangan negara dan sebagainya. Sy sgt berminat ttg politik,ekonomi dan permasalahan negara. Ini semua membantu sy dlm berfikir, mencari solusi dan menempatkan diri dalam masyarakat. Ada pula yg beranggapan majlis spt itu sosial. Mengapa?, ini bkn 'bachelors party', bkn jua majlis tarian tiang. Ini mjls mkn mlm yg penuh dgn formaliti dan menjaga tatasusila. Mereka yg tdk memahami maksud sosial ini lah yg menyalahgunakan perkataan itu dan memberi fahaman salah kpd org lain. Sebetulnya organisasi menganjurkan majlis itu bertanggungjawab dalam mengatur programnya. Biasanya ada ucapan, tayangan video yg berkaitan dgn organisasi itu serta temanya. Sosial kah??. pembaca yg dikasihi, jika tiada medium spt ini, maka anda tdk dpt maju ke hdpn. Kerana anda mungkin memerlukan salah seorang drpd kenalan di situ utk menjayakan projek anda. Musykil sy dgn org yg menyatakan mjls mkn itu sosial, baiklah anda duduk di rumah, tnggu org msk meminang( walhal dia ini lelaki). Memang anda boleh dikategorikan tidak bersosial. Kalau anda bkn jenis sosial, mengapa masuk Universiti?, inilah tempat plg sosial bg sy. Pelik sungguh, bknnya mengajak utk 'clubbing' tp mkn mlm. Aneh lah org yg berfikiran sempit, yg melihat sesuatu itu pada bhgn negatifnya. Sedangkan yg menentukan thp sosial seseorang itu adlah dri sndri.
Katakan ada 2 situasi di mkn mlm:
situasi 1
1) Si jejaka menghampiri seorang gadis, kemudian mula berbicara.
Jejaka: Hye, sy Ikaz, awk?
Gadis: Sy Musfirah Nabilla, pnggl shj Fira.
Jejaka: Wah! cantik sungguh nama awk, spt orgnya
Gadis: tq
Jejaka: Ada awk baca 'paper' arini, ttg kes Sosila
Gadis: Ya, ada. Sy juga merasa terkilan dgn pembunuhan beliau, kejam pembunuh itu, mmg tdk b'ati perut. Ada awk baca ruangan rencana dlm Utusan. Ttg tulisan Dr. Ridhuan dan wawancara Dr. Lim.
Jejaka: Owh, ada. Menarik bukan, sy rasa perbincangannya sgt berkisar ttg perpaduan dan perlembagaan..
Bla, bla, bla

situasi 2
2)Jejaka menghampiri seorang gadis
Jejaka: Hye, sy ikaz, cantik gaun awk. Seksi
Gadis( dgn lirikan mata yg menggoda serta melentok manja): Sy fira, tq..
Jejaka: Mlm ni free?
Gadis: Free
Jejaka: Bilik 545, dtg lah
Gadis: Tentu dtg.
Bla, bla, bla.

Pembaca tentukanlah mana situasi yg menunjukkan sosial melampau.
Siapa yg b'slh? Mjls mkn itu sosial atau individu itu yg melebihi batasa,
Semuanya berbalik kepada perspektif individu, baik dan buruknya kita juga bergantung pd diri sendiri. Sejauh mana kita mampu membina jati diri yg ampuh dan personaliti yg mantap.
Fikirlah, kerana dgn berfikir, kita akn melihat yg mana yg elok dan tdk elok.


~revenge of d cobra~

Genre- thai horror
Menurut pendapat aku lah kan. Cerita tdk menarik langsung. Hanya suspen shj. Tiada motif, dan jln cerita yg tdk jelas. Penuh dgn adegan dikejar oleh si cobra yg mungkin telah bermutasi. Cerita itu tdk memberi impak yg baik. Bhgn yg tdk logik apabila, seorang pramugari cantik(gaji mestilah byk kn sbb keje popular lah gak 2 kn) tp duduk di apartmen yg sgt usang...Pelik bkn?..Tdk kena langsung. Mesej cerita itu ttg hukum karma, kepercayaan kpd hukum karma. Buat baik, dibls baik. Buat jht dbls jht. Filem itu ingin menggambarkan ttg bala yg menimpa ats sikap mementingkn dri msyrkt skrg dan ats maksiat yg dlkukan oleh mereka. Namun penyampaiannya melalui kepercayaan hindu-buddha itu tdk menonjol. Mengikut rating, layak mendapat 2 bntng kerana suspen yg boleh thn dan aktor utamanya yg kacak. Kepercayaan hindu-buddha mengenai ular, tdk dpt digarap melalui cerita ini. Blur lah sng ckp bilamana menonton cerita ini. Sy sgt meminati budaya Thailand, bahasanya, tulisannya. Sgt mistik dan purba. Nyata cerita ini tdk mampu memberi kepuasan kdp sy pencinta 'horror' dan sejarah.

Thursday, September 16, 2010

~berjanji~

Bukan mudah untuk menunaikan janji, bahkan ramai yang memungkiri janji yang dilafazkan. Apakah punca kpd permasalahan tersebut?. Inilah yang dikatakan dengan omong kosong. Menyatakan sesuatu untuk menyedapkan hati yang lain tetapi tidak melaksanakannya. Ada yang berjanji, namun dia berusaha sedaya upaya untuk menuruti janji tersebut. Ada yang berjanji, tapi langsung tidak dikotakan. Munafik, org yg melanggar janji. Maka, jgnlah anda berjanji sesuka hati. Berfikirlah dahulu sebelum berjanji. Lihatlah kemampuan anda untuk melaksanakannya. Waima, sekadar berjanji dengan anak anda utk membelikannya mainan. Ini akan memberi impak pada psikologi kanak-kanak tersebut. Apabila ibu bapa tidak mengendahkan janji tersebut, jd lah anak itu spt ibu bapanya juga. Kemana tumpahnya kuah klu tdk ke nasi. Begitu juga janji anda kpd sahabat anda. Mungkin anda mengabaikan janji itu kerana anda pasti rakan anda memahami anda. Tp itu akan menjadi refleksi diri anda kpd rakan-rakan anda. Pastinya mereka tdk akn mempercayai anda lg. Ingtkah anda, janji anda padanya utk bersama susah dan senang, utk menjadi kwn baiknya sepanjang hayat. Msh ingtkh termeterainya janji itu bersaksikan Pencipta Alam ini. Adkh anda melaksanakannya, tanggungjawab itu tergalas pada bahu anda tapi anda mengabaikannya ekoran kekangan masa, kepenatan bekerja, dan kemalasan. Itu semua alasan. Anda berdalih, krn apa?.kerana anda sebenarnya tidak mempunyai nawaitu itu ketika berjanji. Itulah dia omongan kosong. Manis di bibir, pahit ditelan.

Wednesday, September 15, 2010

jammed

nape dgn blog aku ni?

~Selamat Hari Malaysia~

Tanggal 16 September 1963, terbentuklah satu negara yang harmoni dan berbilang ras. Ya! Malaysia tanah airku. Maka, wajarlah kita meraikan hari esok dengan penuh kesyukuran serta mendukung cita-cita negara dan wawasan rakyat Malaysia. Perpaduan kaum seharusnya menjadi agenda utama kita dalam mengekalkan keharmonian negara.
p/s: Saya akan menyambung penulisan pada masa terdekat, saya ingin mengkaji temuramah LKY tentang pandangannya dalam New York Times.

Tuesday, September 14, 2010

~ sambungan melestarikan penulisan~

Ada yang menyebut sukar menjadi penulis. Bukan semua orang boleh menjadi penulis. Saya setuju! menulis sesuatu perkara bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Tidak semua berkemampuan menulis sebaik A.Samad Said, Faisal Tehrani, Ridhuan Tee Abdullah dan lain-lain. Tidak semua berkebolehan melontarkan pendapat dan idea seperti Tun Dr. Mahathir. Namun, kecanggihan teknologi telah membenarkan sesiapa sahaja mengakses maklumat, memanipulasinya dan sebagainya. Internet telah menjadi wadah penyampaian yang paling berkesan terutama kepada golongan belia. Walaubagaimanapun, harus diingat, WAJIB!, bagi pengguna internet untuk menggunakan kemudahan tersebut sebaiknya. Tidak menyalahi undang-undang yang termaktub. Rentetan pelbagai kes di internet membawa kepada kesepakatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bergandingan dengan PDRM untuk mencegah jenayah siber. Jenayah siber kini berleluasa dan menimbulkan pelbagai kontroversi yang mencetuskan sentimen perkauman. Oleh itu, marilah kita semua menghindarkan perkara tersebut dengan menyokong 1 Malaysia menjana transformasi negara. Kita bakal menyambut Hari Malaysia pada 16 September ini, jadi bersamalah kita menyemarakkan semangat nasionalisme dan patriotisme. Marilah kita mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama.Rukun negara merupakan paksi perpaduan masyarakat Malaysia. Generasi muda kini perlu menjana mentaliti kelas pertama dan perlakuan unggul agar kestabilan dan keharmonian negara berkekalan. Antara rukun negara yang perlu diperhalusi dan difahami adalah keluhuran perlembagaan. Adakah kita menjunjung perlembagaan? Sejauh manakah kita mengerti perlembagaan? Bagaimanakah kita mengamalkan perlembagaan?.
Keistimewaan perlembagaan kita ialah, perlembagaan itu disepakati oleh moyang kita yang berbilang bangsa. Renungkanlah, sejauh mana kita muhasabah diri kita tentang erti kemerdekaan, perpaduan, kemakmuran dan sebagainya. Janganlah sekadar omong kosong di kedai makan, berbicaralah tentang perkembangan negara. Jangan jadi katak bawah gelas. Melihat dunia luar tapi tidak mengetahui apa-apa pun. Betapa generasi muda kini kian terjerumus dalam lembah kejahilan. Membelakangkan perlembagaan dan menjunjung ideologi yang kurang elok dan menubuhkan organisasi yang tidak sepatutnya. Moga pembaca dapat mengerti isi tersiratnya. Berfikirlah wahai saudara-saudaraku, jadilah golongan ulul-albab, agar kita mampu memartabatkan bangsa Malaysia di saentero dunia.

p/s: buat Tan Sri Dr. Zeti Aziz, tahniah kerana menjadi ketua bank pusat terbaik di dunia. :)

Monday, September 13, 2010

~melestarikan penulisan~

wah..tiba-tiba..saya mendapat idea untuk menulis..
tapi esok jelah saya sambung..:)