Thursday, September 16, 2010

~berjanji~

Bukan mudah untuk menunaikan janji, bahkan ramai yang memungkiri janji yang dilafazkan. Apakah punca kpd permasalahan tersebut?. Inilah yang dikatakan dengan omong kosong. Menyatakan sesuatu untuk menyedapkan hati yang lain tetapi tidak melaksanakannya. Ada yang berjanji, namun dia berusaha sedaya upaya untuk menuruti janji tersebut. Ada yang berjanji, tapi langsung tidak dikotakan. Munafik, org yg melanggar janji. Maka, jgnlah anda berjanji sesuka hati. Berfikirlah dahulu sebelum berjanji. Lihatlah kemampuan anda untuk melaksanakannya. Waima, sekadar berjanji dengan anak anda utk membelikannya mainan. Ini akan memberi impak pada psikologi kanak-kanak tersebut. Apabila ibu bapa tidak mengendahkan janji tersebut, jd lah anak itu spt ibu bapanya juga. Kemana tumpahnya kuah klu tdk ke nasi. Begitu juga janji anda kpd sahabat anda. Mungkin anda mengabaikan janji itu kerana anda pasti rakan anda memahami anda. Tp itu akan menjadi refleksi diri anda kpd rakan-rakan anda. Pastinya mereka tdk akn mempercayai anda lg. Ingtkah anda, janji anda padanya utk bersama susah dan senang, utk menjadi kwn baiknya sepanjang hayat. Msh ingtkh termeterainya janji itu bersaksikan Pencipta Alam ini. Adkh anda melaksanakannya, tanggungjawab itu tergalas pada bahu anda tapi anda mengabaikannya ekoran kekangan masa, kepenatan bekerja, dan kemalasan. Itu semua alasan. Anda berdalih, krn apa?.kerana anda sebenarnya tidak mempunyai nawaitu itu ketika berjanji. Itulah dia omongan kosong. Manis di bibir, pahit ditelan.

No comments:

Post a Comment